MUQADDIMAHSentuhan hati yang terdetik tatkala melihat penderitaan dan kesempitan hidup insan-insan yang diuji Tuhan, mencetuskan lintasan di sanubari untuk menabur setitis budi demi membela nasib mereka. Lalu berbekalkan keyakinan kepada Tuhan, keazaman dan kerjasama pelbagai pihak, terlaksanalah penubuhan Rumah Sentuhan Budi (RUSDI) yang dibuka pada bulan Ogos 2007,
sebagai tempat perlindungan dan asrama kepada 25 orang
penghuni yang memerlukan pembelaan serta kasih sayang.
Di antara golongan yang mendapat perlindungan di RUSDI
adalah terdiri dari:
~ anak-anak yatim
~ anak-anak fakir miskin
~ ibu-ibu tunggal
~ warga emas
~ golongan kurang upaya

OBJEKTIF PENUBUHAN
1. Membantu anak-anak yatim yang hilang tempat
bergantung.
2. Menyempurnakan sedaya mungkin dari segi
pendidikan akademiknya sehingga ke peringkat
pengajian tinggi.
3. Mendidik generasi kecil ini untuk menjadi insan
yang soleh dan berakhlak mulia serta menjadikan Tuhan
sebagai matlamat hidupnya dan syariat Islam sebagai
panduannya.
4. Membantu pihak penyumbang menyalurkan bantuan
kepada golongan yang benar-benar memerlukan.
5. Membantu ibu tunggal belajar berdikari dan boleh
mencapai kejayaan meskipun setelah ketiadaan suami.
6. Mengagih-agihkan bantuan secara terus kepada yang
memerlukan tanpa perlu melalui prosuder yang
menyulitkan.
BANTUAN YANG DIPERLUKAN
1. Kenderaan yang sesuai untuk melancarkan
pengurusan anak-anak ke sekolah dan menghadiri
program yang dianjurkan pihak lain. ( Van / Kereta baru
atau terpakai )
2. Komputer dan mesin cetak, untuk kegunaan pejabat
dan pembelajaran anak-anak. ( 2 unit )
3. Almari pakaian dan katil serta tilam, mesin basuh muatan
12 kg, peti sejuk. tilam, bantal, sofa, meja belajar dan ampaian.
4. Kanopi 20 x 20 kaki untuk aktiviti tambahan di luar
rumah dan tempat meraikan tetamu yang ingin
menganjurkan program bersama RUSDI.
5. Makanan asas seperti beras, gula, tepung, biskut,
minyak, sabun basuh, ubat gigi atau barangan keperluan
harian untuk penghuni RUSDI dan untuk diagihkan
kepada ibu tunggal serta fakir miskin yang berdaftar.
6. Kewangan untuk membayar sewa bangunan bil utiliti,
membeli lauk-pauk serta perbelanjaan persekolahan
anak-anak RUSDI.
7. Guru tuisyen.
8. Tajaan papan tanda penunjuk arah disetiap persimpangan
jalan raya.
ANGGARAN PERBELANJAAN BULANAN
klik di siniBORANG SUMBANGAN
Saya / Syarikat kami ingin membantu
RUMAH SENTUHAN BUDI. Dengan Menyumbang :
(sila pilih satu daripada pilihan di bawah).
1. Zakat perniagaan, harta / wang simpanan dan lain-lain
RM : ...............................
2. Wang tunai / Cek atas nama :
RUMAH SENTUHAN BUDI Bernilai :
RM : ............................ NO CEK : ..............................
No Akaun MB: 562777203473
3. Menaja : Bil ultiliti (Air, letrik, telefon) sewa asrama
Sebanyak RM................................. Sebulan.
4.Barang-barang makanan dan keperluan-harian seperti beras, gula,
minyak, telur, sardin, ikan bilis, sabun cuci baju, sabun pencuci lantai,
ubat gigi dan lain-lain.
5. Sumbangan kenderaan samada baru atau terpakai seperti van kereta.
(sangat diperlukan memandangankan van KIA PREGIO yang digunakan
sekarang agak dhaif dan kerap mengalami kerosakan.)
6. Menaja anak angkat dengan menampung kos perbelanjaan bulanan
sebanyak RM250.00 seorang.
7. Kelengkapan asrama seperti katil 2 tingkat, almari komputer, printer,
kipas angin, mesin basuh,pendingin hawa, rak buku dan lain-lain perabut
baru/terpakai.
